Saturday, June 13, 2009

Pengalaman Pada Minggu Ke-2

Assalamualaikum...................................
Hari Isnin iaitu Pada 8 Jun:Guru kami memperkenalkan "blog" kepada kami.Kami belajar membuat "blog" sendiri.Selepas siap membuat "blog" kami diarahkan memasukkan cerita ke dalam "blog" kami.Kami juga telah memasukkan gambar dan permainan video.

Hari Selasa iaitu Pada 9 Jun:Kami menyambung membuat "blog".Kami menghias dan mencantikkan sikit "blog" kami.Kami menambah beberapa cerita kedalam "blog"kami sendiri.
Hari Rabu iaitu Pada 10 Jun:Kami juga belajar utuk memasukkan "movie" dan lagu ke dalam "blog" kami.
Hari Khamis iaitu 11 Jun:Kami belajar membuat poster menggunakan komputer.Setelah siap kami belajar memasukkan poster ke dalam "blog" kami.
Hari Jumaat iaitu Pada 12 Jun:Guru kami menyampaikan hadiah kepada pemenang poster terbaik,ketua terbaik,kumpulan terbaik dan urusetia.Sebelum pulang kami bergambar secara berkumpulan dan beramai-ramai.Pada pendapat saya membuat blog dan membuat poster menggunakan komputer amat mudah dipelajari dan membuatnya.

No comments:

Post a Comment

aksi hebat