Monday, June 8, 2009

Pengalaman Pada Minggu Ke-1 di IT Camp






ASSALAMUALAIKUM......................
Pada Hari Pertama iaitu Pada 1 Jun(Isnin) :Cikgu Shukri mengatur tempat kami semua.Kami belajar membuat "Movie Maker".Kami juga diberi kumpulan.Kumpulan dalam "IT Camp" terbahagi kepada 4.Saya ialah ketua kepada kumpulan 4 iaitu kumpulan Kristall.
Pada Hari Ke-2 iaitu Pada 2 Jun(Selasa):Kami bergambar secara berkumpulan.Selepas itu kami belajarmemasukkan gambar kedalam komputer.Kami juga belajar memasukkan muzik.Selepas gambar dan tajuk gambar telah dimasukkan,kami memasukkan muzik.Sungguh senang memasukkan gambar & muzik.
Pada Hari Ke-3 iaitu Pada 3 Jun(Rabu):Kami menyalin video kedalam "Cakera Padat(CD).Kami juga mengemas kini filem.
Pada Hari Ke-4 iaitu 4 Jun(Khamis):Kami membentangkan apa yang telah kumpulan kami lakukan.Kami adalah kumpulan ketiga yang membentangkan "Movie"di hadapan.Sebelum kami membentang kami punya "Movie"ada masalah dengan "Movie"kami.Setelah beberapa minit,"Movie"kami sudah dibaiki dan kami pun sudah boleh bentangkan "Movie"kami.Saya rasa ia sungguh senang bagi saya.Sekarang ini saya dah tahu membuat "Movie Maker".
Pada Hari Ke-5 iaitu 5 Jun(Jumaat):Kami bergambar beramai-ramai.Mula-mula lelaki yang bergambar dulu kemudian perempuan.

No comments:

Post a Comment

aksi hebat